NUFFNANG

Wednesday, October 8, 2014

Tips ke Pulau Perhentian Kecil

1) Paling afdal nak pergi antara Mac ke September. Harga ada Super Peak (Public Holidays + Cuti Sekolah), Peak. Super Peak paling mahal so plan la nak pergi bila.

2) Kalau lebih selesa nak booking instead of walk-in, booking awal. Ikut nasib sebenarnya, kadang-kadang seminggu sebelum pergi still ada kosong tapi kalau kena dah penuh tu, kena pilih tarikh lain kan. So cadangan booking lah awal, aku booking 3 bulan awal (haa tak ke semangat tu) sebab nak booking tarikh asal dah penuh.

3) Siapa yang rasa nak sangat pergi Perhentian ni tapi rasa tak mampu lepas tengok harga pakej, try pergi walk in kat chalet and motel. Tanya kawan-kawan yang pernah buat, atau Google. Make sure apa options yang ada. Back up plan ialah tahu at least satu tempat nak sewa khemah & tapak.

4) Coral Bay atau Long Beach? Siapa malas nak jalan ambik Long Beach. Siapa tak kisah....tak kisah mana-mana hahahahaaa

5) Cash bawak lebih lagi bagus. Kadang-kadang nak cagar duit lah, nak beli air botol lah, terasa nak makan western lah apa lah. Obviously situ tak ada ATM.

6) Jangan lupa pergi windmill / kincir angin. Aku pernah jumpa orang yang pergi perhentian tak tahu kewujudan kincir angin ni. Cantik gila kot view dari atas.

7) Sunset dekat Coral Bay. Kelebihan yang duduk kat Coral Bay.

8) Barang yang dicadangkan bawa:
--8.1  Sun block (SPF 130 lepas apply pun masih hitam weh). Apply lah berulang kali. Tak rugi. Aku pakai SunPlay (promosi tak dibayar). Time snorkeling paling penting.

--8.2  Makanan ringan sikit-sikit

--8.3  Kalau pergi in group, boleh suruh sorang bawa Panadol ActiFast ke, minyak gamat ke, plaster. Just in case

--8.4  Bawa baju yang sesuai. Kalau pakai seluar basah yang tak sesuai jalan sana sini nanti melecet ditempat tak sepatutnya dan mencetuskan kontroversi bila jalan kengkang hahahahhaa

--8.5  Siapa yang rely on smartphone nak ambil gambar, boleh bawak power bank (Ni pun nak kena bagitau ke hahaha)

--8.6  Siapa ada GoPro with underwater casing, jangan perap kat rumah. Bawaaaak. Siapa tak ada tapi adventurous, boleh cari kat Mudah.my atau eBay underwater casing untuk camera. Siapa tak nak boleh sewa underwater cam dari kedai-kedai kat situ, harga RM 100 for one day. Bawa pendrive lebih afdal.

--8.7  Siapa ada underwater bag, bawak. Yang kembung tu. Time snorkeling atau naik boat bubuh barang penting dalam tu termasuk DSLR just in case something happened.

9) Kalau pergi in group, boleh saling bertukar no. phone orang untuk dihubungi just in case something happened.

10) Kalau naik flight lagi senang turun dekat airport Kota Bharu.

11) Kalau naik bas, paling senang sekali beli tiket ke Jeti Kuala Besut, atau Kuala Besut la. Kalau tak ada / habis, pilih syarikat bas lain (haaahahaaa) atau turun kat Jerteh

12) Sepanjang kat sana aku tak jumpa Nasi Dagang, nak bagitau siap-siap kalau ada berangan nak Nasi Dagang Perhentian

13) Mat salleh, minah salleh ramai sini. Tak payah nak berlagak terkejut

14) Kat Perhentian ramai abang sado dan akak hotsentap. Masing-masing menonjolkan kehebatan jadi siapa yang insecure tu, erm erm

15) Ada lagi ke eh ke dah lupa

Last sekali, bukan tips tapi nasihat. Aku pernah baca artikel dia kata coral dekat Koh Phi Phi Thailand dah tak secantik dulu sebab jumlah pelancong yang ramai. Dekat Perhentian ni pun tengah trending and ramai elancong, kalau kita tak jaga kebersihan, tak ikut arahan lama-lama coral ni mati. 

Tak boleh sentuh, pijak coral ni. Selain dari sakit kaki kalau terkena, coral mati ni tak cantik, nampak macam diselaputi pasir. Dinasihatkan tak pakai flippers sebab kita pakai kibas je kaki nanti kena coral shian diewwwww.

Ikan pun tak boleh bagi makan sebenarnya, kalau kita ada kesedaran sivik kita takkan ganggu ekosistem ikan ni. Musim tengkujuh ikan tunggu abang-abang sado dan kak jemah kita bagi roti, time tu kat mana kita semua? Haaaa. 

Yang dah rosak, biarlah rosak, yang elok ni kita kena jaga. Jangan sampai nanti Perhentian ni jadi beach & scuba holiday je instead of snorkeling sebab coral banyak dah mati. Jangan sampai tempat escapade kita ni rosak, sampai nak kena keluar duit lebih pergi Mabul, atau kena rentas sempadan ke Thailand or Boracay. Ke nak escapade kat Port Dickson je ni?

So sekian entry ni. Selamat berseronok & have fun!

Tuesday, October 7, 2014

Day 2 and 3 Trip Perhentian Kecil May 2014

Day 2

Bangun pagi breakfast kat Shari La. Breakfast kat luar mengadap pantai. Siapa lambat penuh. Air minum mahal sikit kat pulau. Boleh beli sebelum datang atau boleh curi-curi masuk air dalam botol dari water dispenser kat restaurant dia. Dia ada tulis situ notis tak boleh.... kena pandai-pandai. Air sangat penting. Kat pulau ni panas, kalau tak nak cepat penat minum banyak air.

Snorkeling start pukul 10 and kena berkumpul kat Coral Bay. Time tu kitorang tak tahu satu trip boat berapa orang. Kami ada 5 orang. Time tu kalau dah rasa kena campur boleh start bermesra dengan orang sekeliling hahaha. Yelah lebih kurang macam nak snorkeling bersama ni. Totally dalam 15-17 orang. We got off from a wrong start, dalam tu ada 4 group semua buat hal sendiri. Ada satu group ni asyik nak mengutuk orang je, all boys bout 6 orang. Dorang masuk dulu terus duduk depan rupanya nak pasang GoPro situ. Yang lain kena lah masuk mencelah. Ingat kan dorang ni sporting rupanya ada tempat snorkeling turun pun tidak. GoPro je lebih. Penat lah apa lah. Siap complain apasal lama sangat dalam air naik cepat. Haihhh apa masalah dorang ni aku tak tahu.

Snorkeling in total ada 5 points. 1) Water confident atau turtle bay. Sini tempat penyu bertelur tapi bukan musim la. Kat sini semua boleh eksperiment dengan jacket, goggle dengan tempat pernafasan tu. Kalau pakai safety jacket memang takkan tenggelam. Kepala pun atas air. Siapa lebih adventurous, pandai berenang, tak payah pakai jacket. Siapa nak advance lagi pakai flippers tu. Sebelum pergi snorkeling, ada taklimat sikit. Dia bagitau tak boleh pakai flippers ni sebab takut kena coral yang sensitif pastu mati. Bagi makan ikan pun tak boleh nanti musim tak ada pelancong takut dia bergantung kat makanan ni. Pegang turtle apa semua tak boleh. TAPI flippers ni memang abang tu bagi, roti pun sama hahahahaha. Entah lah. Kalau rosak coral ni dah tak cantik nak kena pergi Mabul ke? Haaa tanya lah diri sendiri.

Kitorang ada sewa underwater camera kat Mat Salleh yang tadi dah duduk 4 bulan tu. Dia punya sendiri. Sewa RM 100 one whole day. Ada fungsi video sekali. Siapa ada GoPro or beli casing underwater untuk smartphone pun boleh bawak.

Point 2) Turtle Point. Kat sini boleh jumpa turtle. Selalunya abang boat ni akan cari and bagitau kita. Kadang-kadang jauh sikit, siapa malas samada tak pergi situ atau duduk atas boat je. Geng kitorang not bad la pergi jugak kat tempat turtle tu. Ada 3 ekor. Lepas dah kejar nak ambik gambar ni nak patah balik kat boat memang jauh. Penat jugak la dah lah tak pakai flippers. Siapa tak pandai berenang, kalau pakai jacket dengan flippers pun boleh pandai. Laju pulak.
Turtle
Point 3) Shark point. Baby shark je sebenarnya. Ini pun abang boat cari. Jauh jugak nak berenang tapi berbaloi. 
Baby shark
Lunch dekat Kampung Nelayan. Kat Pulau Perhentian Kecil ni ada banyak sides selain Coral Bay dengan Long Beach. Ada Kampung Nelayan ni (ada masjid, sekolah, balai polis). Pastu sepanjang naik boat nak snorkeling ni ada nampak tempat-tempat lain. Selalunya tempat lain ni lagi murah tapi nak pergi tempat lain kena naik boat. Malam lepas kat Long Beach naik lah boat malam ye haha.

Kat Kampung Nelayan makan kat KJ Cafe. Makan buffet. Konsep makan pakej Fullboard B ni pakai kupon. Bagi jelah kat dia. Kat sini makan ikan. Fresh. Lain rasa dia kalau fresh. Yang lain biasa-biasa je. Tempat duduk agak terhad. Kat sini tengok kehidupan nelayan, pastu boleh jalan kat Masjid tengah construction tu dengan balai polis. Hari Jumaat ada shalat Jumaat kat sini...naik lah boat kalau dari bay lain ye.
MJ Cafe - Lunch Kg. Nelayan
Pantai dekat Kampung Nelayan
Lighthouse Perhentian
Lepas tu rehat sebelum sambung dekat Point 4) Lighthouse. Dalam banyak -banyak tempat kat sini paling dalam. Dia jauh ketengah banding tempat lain. Sini nak nampak coral jauh ke bawah, ikan ada lah jugak. Tapi attention paling utama dia lighthouse. Pergi panjat lighthouse tu and lompat la. Dia da dua tingkat nak lompat. Satu platform biasa satu lagi memang naik atas betul pastu lompat. Nak pakai safety jacket atau tak terpulang. Jangan takut sebab kita memang akan timbul balik. Lambat atau cepat je. Kat sini agak meriah sebab melompat ni dah macam show pulak. Kebanyakan orang turun pun tak sebab penat katanya. 

Point 5: Romantic Beach
Point 5) Romantic Bay / Clown Fish. Kat sini tempat paling banyak ikan. Sini ada Nemo atau clown fish. Memang abang boat akan cari jugak. Agak lama dia cari Nemo, mostly ikan lain tapi semua cantik-cantik. Kat sini pun ramai dah tak turun boat.

So dah habis semua points untuk snorkeling. Dia akan hantar balik kat tempat naik tadi. Abang boat cakap hari ni habis sejam awal. Macam rugi pulak apasal habis sejam awal rupanya sebab trip lain pun macam nak cepat je pastu group all boys ni sibuk nak cepat. Dorang turun pun tak, asyik GoPro atas boat je. Ingatkan sporting.

Dah habis kitorang baring kat Coral Bay bawah pokok kelapa. Lepas tu ternampak kayak ni, so kitorang pun sewa. Maksimum 2 orang. Kawan aku ni pernah masuk pertandingan kayak so dia tahu cara nak reverse la, break la, agak efficient la situ tak terhegeh-hegeh walaupun dia perempuan. So kitorang kayak sambil tengok sunset. Awwww romantik lah konon hahahaha. Second day ni memang cantik sunset, tak banyak awan.

Sunset dari atas kayak
Malam dinner BBQ. Lagi sekali memang puas hati. Ada macam-macam pilihan. Rugi kalau tak ambik ikan sini sebab fresh. Memang BBQ mendamaikan tapi dah start pedih kulit sebab snorkeling. Hitam dia lain beb. Hitam dia belakang kaki (sebab berenang), kat shoulder apa semua. Muka jangan cerita lah. Pakai SPF yang tinggi (kitorang pakai Sun Play) pastu kena apply beberapa kali sebab takut dah hilang. Pakai ni bukan sebab takut gelap je, sebab UV rays dari matahari ni boleh rosakkan kulit dalam jangka masa panjang.

BBQ dinner by the beach
Lepas dinner BBQ, pergi jalan kaki celah hutan nak pergi Long Beach. Malam ni lagi meriah, lagi ramai. Lepas habis fire show, sorang dari performer ni, Minah Salleh datang buat collection dari meja ke meja. Aku sempat tanya dia dari mana, dia cakap dari Iceland and dah beberapa minggu kat sini. Aku tanya kerja sini ke dia cakap 'I wish I could', Rasanya dorang ni datang bercuti ke apa memang lama pastu buat collection nak tampung perbelanjaan la ni. Maybe jugak dorang dari Phuket ke mana ke pastu datang Perhentian Kecil pulak. Lepas 12am dah start dancefloor.

Day 3

Day 1 and 2 masa berjalan dengan perlahan. Tapi masuk hari ketiga ni masa berlalu macam biasa. Biasa maksudnya time best je mesti cepat. Lepas breakfast kitorang mandi kat Coral Bay belah tangga Shari-La ni. Tak ada orang and banyak ikan. Siap gigit weh. Kitorang tak boleh nak lama-lama sebab kena berkumpul kat Jeti awal jugak pukul 11 kot nak uruskan perjalanan balik ke Jeti. Maksudnya sebelum tu dah kena check out apa semua. Memang tak puas pulak lah hari ketiga ni. Rasa macam not fully utilized. Perjalanan balik boat bawak tak laju macam haritu. Sampai kat Jeti Kuala Besut rasa macam arrrrghhhh dah sampai. Kat situ ada jual keychain apa semua agak meriah lah boleh beli. Harga tak mahal. 

Kitorang lepas tu bertolak pergi Kuala Terengganu. Ada kawan yang ambik naik kereta. Shopping keropok lekor dulu kat Seberang Takir. Kawan aku yang experienced ni cakap dia ambik yang dah vakum sesuai nak bawak balik naik bas. Aku ikut je. Keropok lekor ni kalau beli RM 50 tu normal. Lepas tu kitorang pergi Waterfront Kuala Terengganu untuk dinner. Aku hantar kawan aku kat hentian bas KT sebab aku bermalam kat KT satu malam lagi.

Macam tu lah trip 3H 2M ni. Rasa tak puas especially hari ketiga sebab sekejap sangat.

Cadangan kalau nak datang Perhentian lain kali, try motel / chalet yang murah. Duduk lagi lama, at least 4 hari. 

Monday, October 6, 2014

Escapade trip to Pulau Perhentian Kecil May 2014

Pengalaman ke Pulau Perhentian Kecil
Pulau Perhentian Kecil
Kitorang booking awal juga, bulan Februari sedangkan pergi bulan Mei. Sebab Februari dah penuh (kira lambat booking, untuk Mac pun penuh time tu) so kena tunggu next trimester break la. Okay jugak time tu cuti dan boleh ajak lagi ramai kawan. Mana yang dah kerja sempat apply cuti. 

Kebaikan tak pergi tergesa-gesa ni boleh buat persiapan lebih sikit. Kalau yang dah biasa bercuti, atau dah biasa ke pulau tak apa lagi. Siapa yang tak biasa ke pulau, boleh bersedia dengan beli beg underwater, beli GoPro ke (hahahaha), beli monopod (eceeehhhh), beli tank top bajet sador, oh ya boleh sempat workout dulu (gotta flaunt that muscle bebehhh). Yang perempuan boleh laa beli t-shirt dip-dyed apa laa nanti masuk Instagram sesuai sikit. Hahahahaha. Peralatan wajib yang lain sun-block, power bank etc.

Nak ke Pulau Perhentian Kecil ni tak susah, banyak pakej. Boleh Google, boleh search kat Facebook. Boleh tanya kawan-kawan yang dah pergi. Aku berpeluang buat ketiga-tiga cara diatas dan akhirnya dapat quotation dari 3 agensi berbeza. Harga lebih kurang sama untuk pakej yang sama. Jadi pandai-pandai pilih. Pakej yang kami pilih ialah Fullboard B (Penginapan di Shari-La Perhentian Kecil 3H2M, makan 7 kali- 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, 1 BBQ dinner, 1 minum petang semua dekat Shari-La, pengangkutan pergi-balik dari Jeti Kuala Besut dan snorkeling siap peralatan). Pakej ni RM 445 sekepala. Ada pakej yang sama dari agensi lain mencecah RM 475 dan ada yang RM 455. Agensi yang kami pilih ialah ---> Sealife Travel & Tours. Boleh email kat sealife_services@yahoo.com. 

Sealife ni ada satu office kat jeti Kuala Besut. Deposit kena bayar lepas booking untuk seal tempahan, dan baki kena bayar kat jeti, pagi tu sebelum nak ke Pulau Perhentian. Dorang ni sangat friendly dan concern dengan customer. Senang berurusan dengan dorang ni.

Perjalanan bas

Trip ni 5 orang. 3 orang akan naik bas dari Kajang dan 2 lagi dari Alor Setar. Aku cerita dari Kajang jelah sebab aku dari Kajang. Kitorang naik bas Ekspress Perdana. Bertolak dari Hentian Kajang pukul 8.30 pm. Kawan-kawan dari Alor Setar bertolak 9.30 pm tapi dorang sampai lagi awal, pukul 5.30 am. Dari Kajang ni pukul 6 am lebih baru sampai. Route yang dia lalu memang aku tak familiar langsung. Most of the time jalan dalam. Malam tu hujan, bas double ni driver bawa laju pulak. Aku antara tidur tak tidur je ahahaha. Kalau naik bas kat Kajang dia ada ambil penumpang dulu kat Hentian Putra KL. Route dia pakai Kuala Lipis - Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Pasir Puteh - Jerteh - Kuala Besut. Hentian Besut & Kuala Besut lain. Kalau tiket nak ke Kuala Besut dah habis boleh turun kat Jerteh pastu naik teksi. Nak naik flight Airport Kota Bharu lagi dekat.

Sampai Hentian bas Jeti Kuala Besut masih gelap. Tapi aku dah biasa naik bas travel ke utara, itulah lumrah perjalanan malam. Hentian bas dengan jeti sebelah je. Mula-mula rasa macam nak makan nasi dagang tapi kedai bukak first ni mamak, so pekena Roti Canai dengan Teh Tarik. Time tu dah meriah, semua tengah tunggu jeti bukak. Jeti bukak pukul 8. Office Sealife ni dekat belakang jeti ni je. Dia pun bukak pukul 8. Tak payah gaduh nak cepat, relax je.

Lepas dah settle bayar, orang dari Sealife akan bawa kita naik bot. Ada kena caj RM5 untuk pemuliharaan laut lebih kurang macam tu lah bunyi nya. RM 5 ni tahan untuk trip ni je. Lebih mungkin kena bayar lain.

Naik bot ke Pulau Perhentian Kecil

Pulau Perhentian Kecil & Besar ada bezanya. Tak pernah pergi pulau besar tapi hasil google, pulau besar mahal sikit, dan lebih sesuai untuk yang berkeluarga. Kat Perhentian Kecil malam ada nightlife.

Boat ride about 30-40 minutes. Bergantung kepada kelajuan. Orang bawa bot kitorang agak sado dan kental hatinya, memang laju gila beb. Berenjut habis percik air. Mula-mula ingat ni kelajuan normal tapi bila naik boat time balik, tak macam ni. Haaa baru tahu. Semua steady takde mabuk air. Wajib pakai safety jacket untuk keselamatan. Snorkeling pun 85% pakai jacket weh, terapung.
Shari La
Yang kat Shari-La ni ada jeti dia sendiri. Sampai kat pantai perhentian kecil ni dah start kagum tengok warna air. Biru dia lain. Time ni rasa ahhh leganyaaa. Sampai jeti masing-masing dah keluar jeti rasa cantik and excited, tapi trust me lagi banyak yang cantik sepanjang trip ni.

Penginapan Shari-La

Shari-La ni kat Coral Bay. Dekat Perhentian Kecil ada 2 pantai utama, 1) Long Beach, 2) Coral Bay. Long Beach lagi famous sebab nightlife semua kat sana, and untuk mandi lagi best sana, pantai lagi panjang. Coral Bay ni however, dia mengadap sunset. Itu kelebihan dia. Nak mandi ada tempat yang sesuai ada yang tak. Ada yang banyak coral dah mati so dia berbatu-batu. Ada tempat yang best tu kat tangga secret Shari-La, mandi dengan ikan. Memang macam Body-Fish Spa dah kena gigit lagi.
Coral Bay
Kitorang ambik 2 bilik. Satu 3 orang, satu lagi 2 orang. Bilik dia cantik. Ada kata Shari-La paling cantik kat Perhentian Kecil. Ada aircond, TV, kipas. Water heater ada tapi kena request kat front desk tapi kena cagar duit. Oh yaa time check in kena cagar duit jugak. Berbekalkan soft-skill yang ada bayar separuh je hahahaaaa kena pandai soft talk.
Bilik ShariLa untuk 2 orang.
Day 1

Shari-La ni not bad la ada orange juice kat lobby untuk guests. Lepas check in, tukar baju, pergi lobby lagi minum hahahaaaa. Kitorang masih lapar so pergi makan kat Coral Bay. Harga makanan agak mahal, tapi siapa pandai pilih lagi jimat dari ambil Pakej Fullboard (termasuk makan) tapi Fullboard ada kelebihan dia. Kat Coral Bay ni kitorang makan roti jem. Time ni rasa ketenangan pualu perhentian ni sambil catching-up session dengan kawan-kawan. Kejap je dah masuk kepala balik.

Lepas tu lunch. Macam asyik makan je kan hahahaha. Kitorang rasa masa berjalan dengan sangat perlahan kat Perhentian ni. Selalunya bila kita rasa best, masa laju je tapi time boring, sejam macam seminggu. Tapi untuk hari ni, masa berjalan perlahan. Memang menikmati every seconds. Lunch kat Shari-La. Makanan dia sedap-sedap. Boleh makan kat dalam atau mengadap pantai, tapi dia kat atas bukan atas pasir pantai la. Still not bad at all.
Jalan kaki Coral Bay - Long Beach
Lepas tu jalan kaki pergi Long Beach. Long Beach ni the other side of the island so jalan kaki merentasi hutan sedikit berbukit. Ada laluan pejalan kaki and memang ramai jalan kaki so its a normal thing there. Jalan tak lama sangat pun. Bab jalan ni, itu kelebihan menginap kat Long Beach. Dorang jarang akan jalan kaki lalu hutan except nak tengok sunset atau nak ke Coral Bay. Malam memang aktivit sini. 
Long Beach
Long Beach memang cantik. Pantai dia landai. Sesuai nak mandi. Lepas tu kitorang nak pergi kincir angin. Memandangkan malas nak jalan kaki, kitorang bayar abang boat la. Boat sini macam teksi. Harga dah tulis kat papan tapi kalau pandai memang dapat murah sikit. Pergi balik RM 80. Dia tak tunggu dia datang ambil lepas kitorang call.
View dari boat
Boat dia ni lagi kecik dari yang Jeti Kuala Besut tadi. Boleh dapat 5-10 orang. Jaket pun tak ada. Time tu aku fikir jugak apa jadi kalau terbalik. Siapa takut boleh request safety jaket rasanya. Dah nak sampai kincir angin memang nampak struktur tangga dari bawah ke atas. Cantik. Tapi mini jeti dia dah rosak so kena turun atas pantai. Pastu kena lompat-lompat batu sikit baru sampai tangga. Abang tu cakap boleh je naik kat mini jeti tu tapi kena berani la.

Perjalanan nak ke atas aku rasa tak terlampau memenatkan. Sorang dari trip ni extra plus size and dia pun boleh naik. Lagipun tangga so tak ada masalah. Bila sampai atas, view kat atas tu memang boleh buat hilang penat. Rasanya dalam banyak-banyak air kat Perhentian, aku rasa sini paling cantik biru dia. Kat atas kawasan kincir angin tak boleh masuk tapi err errr ada pulak 'lubang tikus'. Ada kawasan solar jugak. Tangga dia dah karat-karat mungkin sebab udara masin ke apa and material tapi nampak masih kukuh.
Tangga
View dari atas
Bila dah turun bawah, boleh mandi. Disebabkan tak ramai orang kat sini, dah jadi macam private beach pulak. Best. Kalau sepanjang 3 hari ni nak pergi kali kedua pun aku tak kisah.
Tempat paling best nak mandi
Nak balik kena call abang boat dulu. Sementara tunggu ada dalam 10 orang tengah naik boat dorang. Tiba-tiba sorang ni badan agak berisi pergi lompat masuk air balik. Boat tu terbalik weh. Pastu enjin tak boleh start sebab masuk air (kot). Pastu baru sampai kitorang punya. Semua lancar. Tapi kan tetap takde safety jacket. Kalau terbalik kat tempat dalam mungkin abang tu akan selamatkan. 

Petang tu sambung mandi kat Long Beach. Dah siap kambus aku dalam pasir lagi. Pantai sini best sebab landai. Boleh pergi jauh ke tengah tapi masih tak betul dalam. Kat sana banyak mat salleh sun tanning je sambil membaca instead of mandi pantai. Selalu mat salleh datang and duduk lama kat pulau. Ada yang aku tanya kata dah 4 bulan kat situ jadi trainer untuk scuba diving.

Dah nak sunset, jalan kaki lalu hutan balik kat Shari-La. Tengok sunset jangan lupa tapi banyak awan. Tapi esok masih ada.

Malam tu dinner kat Shari-La. Petang tu kitorang tak pergi minum petang sebab naik kincir angin pastu bawak biskut sendiri. Makan malam dia ingatkan buffet macam lunch tadi tapi rupanya dia bagi satu mangkuk besar sup, ikan 3 rasa besar, dengan banyak gila lauk. Time tu rasa ni baru berbaloi bayar pakej Fullboard B. Tak habis pun makan memang kaw-kaw dia bagi hahahaa. Siapa tak berkira bab duit and nak makan agak puas boleh ambil pakej ni. Manager Shari-La ni friendly.
Dinner Day 1
Malam tu jalan kaki lagi celah hutan pergi Long Beach. Bawa lah torchlight sebab takde lampu atau pakai lampu kat powerbank. Malam memang ramai jalan kaki after dinner. So tatkala berpusu tu kenderaan berat boleh ke kiri hahahahaha. Mula-mula ada fireshow je, dalam 10pm. Ada dua show dari dua tempat lain. Siapa nak booze or shisha boleh duduk kat meja. Fireshow about 1 jam. Performers mostly mat and minah salleh. 12am onwards dah boleh start masuk dancefloor and partayhh.

Bersambung entry seterusnyaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...